KELAB PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja)

KELAB PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja)
a) Hari Kokurikulum: Salon PROSTAR - 14 Julai 2011
Kelab Prostar telah mengadakan Salon Prostar sempena Hari Kokurikulum SMJK Katholik. Salon Prostar menawarkan perkhidmatan menggunting rambut. Ia merupakan projek kerjasama Kelab Prostar dengan Team Hair Studio dan Academy. Pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini perlu membeli tiket terdahulu. Harganya adalah RM3 per tiket. Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat daripada para pelajar.




b) Lawatan Kerjaya: Pendidikan Vokasional (技职教育考察与研习团)
Tarikh: 28/8-30/8/2011
Tempat: Berjaya University College of Hospitality
Anjuran: FSI & Berjaya University College of Hospitality
Kelab Prostar telah membawa 3 orang pelajar yang merupakan ahli Prostar untuk menyertai program ini. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai pendidikan vokasional yang terdapat di negara kita dan peluang perkerjaan di masa hadapan. Kami telah mendapat banyak maklumat penting dan pelbagai pengalaman "hands-on".






KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
KURSUS ASAS PRS 
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)  
Tempat: Dewan dan pusat media SMK Tinggi St. David, Melaka. 
ANJURAN: 
Unit Bimbingan dan Kaunseling 
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David 
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Notre Dame




Kelab Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

A) Program Kolaborasi Anti Dadah- 2 April 2011
Aktiviti ini telah berjaya diadakan di bawah kelolaan Unit PPDa Jabatan Pelajaran Melaka. Sekolah yang turut serta ialah SMJK Katholik, SMJK Notre Dame, SMK Gajah Berang, SMK Tinggi St. David dan SMJK Tinggi Cina Melaka. Peserta program telah didedahkan kepada ancaman 5 agen perosak remaja masa kini dan pendedahan kepada drama sebabak PPDa.


 



B)  Karnival PPDa Daerah Melaka Tengah (Pertandingan ePPDa) - 23 April 2011


Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menghantar 3 orang pelajar untuk menyertai pertandingan tersebut bertempat di Dewan Bestari, Jabatan Pelajaran Melaka. Pasukan sekolah telah berjaya memenangi hadiah saguhati. Antara ahli pasukan sekolah terdiri daripada Alvin Tee Kai Guan (4H), Tan Soon Seng (4B)dan Tan Soon Yap (2B). Tahniah diucapkan kepada mereka! 


 


    
            



C)  Karnival PPDa Daerah Melaka Tengah :  
       - 30 April 2011
      Pertandingan Melukis Poster Menengah Rendah
       Pertandingan Melukis Poster Menengah Atas
       Pertandingan Mendeklamasi Sajak 

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menghantar pelajar Lim Yu Zhi (5H) untuk menyertai pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaaan dan pelajar Lew Han Leong (2B) dan pelajar Choo Wei Sin (5U) untuk pertandingan Melukis Poster mengikut kategori seperti di atas. Karnival ini dijalankan di Melaka Mall. Walaupun wakil-wakil pelajar tidak memenangi sebarang hadiah namun semangat buat habis baik di kalangan mereka patut di teladani. Manakala pada petang itu juga upacara penyampaian hadiah turut diadakan. Pasukan ePPDa sekolah telah berjaya memenangi hadiah saguhati peringkat Daerah Melaka Tengah semasa pertandingan pada minggu lepas.Antara ahli pasukan sekolah terdiri daripada Alvin Tee Kai Guan (4H), Tan Soon Seng (4B)dan Tan Soon Yap (2B). Tahniah diucapkan kepada mereka! 

 


 


   


D) Hari Kokurikulum : Panggung Perdana SLAD  - 14 Julai 2011
Sempena Hari Kokurikulum SMJK Katholik, Ahli  Jawatankuasa Kelab SLAD telah mengambil keputusan mengadakan Panggung Perdana SLAD. Harga sekeping tiket wayang ditetapkan pada RM1.00. Walau bagaimanapun, ahli SLAD yang tidak terlibat dalam AJK Panggung Perdana tetapi berminat untuk menonton wayang diberi diskaun sebanyak 50%. 2 buah filem yang dipilih mendapat sambutan yang amat hangat. Semua tiket wayang habis dijual. Filem yang dimaksudkan ialah 'The Jackal' dan 'Sherlock Holmes'.

                                                


        

          
 
             

Kelab Bimbingan dan Kaunseling

A)  Karnival Pendidikan Kerjaya Peringkat Negeri  ~30.5.2011~


 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Membina Media Maklumat dengan menghantar 4 orang ahli PRS untuk menyertai pertandingan ini. Pelajar kami telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini. Kami amat bangga dan puas hati dengan pencapaian mereka.