KELAB PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja)

KELAB PROSTAR (Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja)
a) Hari Kokurikulum: Salon PROSTAR - 14 Julai 2011
Kelab Prostar telah mengadakan Salon Prostar sempena Hari Kokurikulum SMJK Katholik. Salon Prostar menawarkan perkhidmatan menggunting rambut. Ia merupakan projek kerjasama Kelab Prostar dengan Team Hair Studio dan Academy. Pelajar yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini perlu membeli tiket terdahulu. Harganya adalah RM3 per tiket. Perkhidmatan ini telah mendapat sambutan yang sangat hangat daripada para pelajar.




b) Lawatan Kerjaya: Pendidikan Vokasional (技职教育考察与研习团)
Tarikh: 28/8-30/8/2011
Tempat: Berjaya University College of Hospitality
Anjuran: FSI & Berjaya University College of Hospitality
Kelab Prostar telah membawa 3 orang pelajar yang merupakan ahli Prostar untuk menyertai program ini. Tujuannya adalah untuk mendedahkan para pelajar mengenai pendidikan vokasional yang terdapat di negara kita dan peluang perkerjaan di masa hadapan. Kami telah mendapat banyak maklumat penting dan pelbagai pengalaman "hands-on".






KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
KURSUS ASAS PRS 
Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)  
Tempat: Dewan dan pusat media SMK Tinggi St. David, Melaka. 
ANJURAN: 
Unit Bimbingan dan Kaunseling 
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David 
Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Notre Dame




0 comments:

Post a Comment